Assalamualaikum dan Alhamdulillah, terlebih dahulu dipanjatkan syukur ke atas LAYAKNYA PUJIAN untukNya, ALLAH SWT di atas terciptanya sebuah syarikat yang dinamakan YUKHA GLOBAL SDN. BHD. pada tanggal 20 Februari 2018.
Bersyukur juga kepada ALLAH SWT kerana memberikan kepada saya untuk berjumpa dan berkenalan dengan orang yang positif dan semangat juang untuk mengubah hidup dan seterusnya membantu lagi ramai orang di luar sana.
Dasar syarikat tidak sama sekali mengeluarkan produk yang tidak berkualiti. Syarikat mempunyai polisi untuk memberi produk yang terbaik kepada pengguna. Alhamdulillah selama 4 tahun lebih berada dalam dunia PERFUME, pihak syarikat bersetuju untuk mengeluarkan produk perfume atas jenama sendiri. Maka terhasillah YUKHA PERFUME.
Produk YUKHA PERFUME ini sememangnya dijaga dari segi kualiti bahan dana packaging dan semestinya kilang yang mengeluarkan YUKHA PERFUME dijaga rapi. Insha Allah dalam masa terdekat kilang YUKHA PERFUME akan mendapat pensijilan HALAL.
Risalah ini dihasilkan untuk memberi panduan kepada pengedar dalam usaha menambah nilai manfaat kepada manusia di seluruh dunia. Ia bukan satu jaminan bahawa dengan mengikut risalah ini anda akan memperolehi jualan dan pendapatan yang tinggi kerana sesungguhnya segala yang perolehi adalah bergantung kepada rezeki dan usaha masing-masing. Risalah ini hanya sebagai panduan sahaja kepada pengedar-pengedar.
Akhir kata, terima kasih kepada pengedar YUKHA PERFUME kerana berjuang bersama Wan dalam usaha membantu orang yang ingin menjadi usahawan dan membantu membekalkan YUKHA PERFUME ke seluruh dunia. Semoga kita sama-sama dapat masuk syurga dan kita dapat memberi manfaat kepada ramai orang untuk bekal kita di dalam kubur nanti.

VISI

MENJADI JENAMA TERKENAL DI DUNIA


MISI

MEMBERI LATIHAN BERTERUSAN KEPADA AGEN UNTUK MELAHIRKAN USAHAWAN YANG BERJIWA KENTAL DAN JUTAWAN

PRODUK